Wajahnya
yang cantik itu menjadi comot kerana terlalu banyak membuat kerja dan
tidak sempat hendak mengemaskan dirinya. Sedangkan kedua orang kakak
tirinya itu hanya tahu bersolek, berpakaian cantik dan berjalan-jalan.
Kerana pakaian dan wajahnya yang sentiasa comot itu, kedua orang
kakaknya menggelar dia Cinderella.Pada suatu hari putera raja telah membuat pengumuman akan mengadakan majlis tari-menari di istana. Semua gadis di dalam negeri
itu dijemput menghadiri majlis tersebut. Kedua orang kakak tiri
Cinderella yang hodoh itu mengambil keputusan hendak menyertai majlis
itu.Oleh
kerana mereka tiada baju yang cantik, ibu tiri mereka mengarahkan
Cinderella menjahit baju baru untuk kedua-dua orang kakak tirinya itu.
Kedua-dua helai baju kakaknya itu dijahit oleh Cinderella. Setelah baju
itu siap, kedua kakaknya saling bertekak mengatakan dia yang paling cantik.
“Aku akan memakai baju baldu berwarna merah dengan manik-manik yang cantik. Aku juga akan memakai rantai mutiara yang berwarna putih. Tentu aku kelihatan cantik.”“Baju
aku lebih cantik dari baju engkau!” kata kakak kirinya yang kedua.
“Bajuku dipenuhi dengan labuci dan manik. Rantai leherku zamrud berwarna
hijau. Sudah tentu aku lebih cantik daripada kau dan dapat menawan hati
putera raja!”. “Kau tak akan dapat berkahwin dengan putera raja,” kata
kakak tirinya itu sambil tertawa kepada Cinderella.Cinderella
merasa sedih mendengar kata-kata kakak tirinya itu. Kedua orang kakak
tirinya itu tergesa-gesa pergi sambil terus sambil mentertawakan
Cinderella.
Setelah kedua orang kakak dan ibu tirinya pergi Cinderella
duduk sendirian di dapur. Dia menangis mengenang nasibnya yang malang.
Tiba-tiba dia terkejut kerana melihat sebutir cahaya berkelip-kelip
tidak jauh darinya. Dari cahaya yang semakin membesar itu keluar seorang
pari-pari yang cantik.“Siapakah kau? Dari manakah kau datang?” tanya Cinderella sambil mengesat air matanya. "Aku
adalah pari-pari pengasuh kau,” jawab pari-pari yang cantik itu.
“Sekarang beritahu aku adakah kau ingin pergi ke majlis putera raja di
istana?”“Ya, aku sangat ingin pergi ke majlis tu,” jawab Cinderella. Aku ingin bertemu dengan putera raja.”"Aku
boleh tunaikan permintaan kau itu,” jawab pari-pari itu lagi. Tapi ada
syarat-syaratnya. Kau harus buat apa yang aku suruh.”“Baiklah,” jawab Cinderella bersetuju.
“Mula-mula
pergi ke kebun dan ambil buah labu yang palihg besar,” kata pari-pari
itu. Cinderella terus berlari masuk ke dalam kebun lalu mengambil labu
yang paling besar. Dia segera membawa labu itu masuk ke dalam taman.
Pari-pari itu menyentuh labu itu dengan tongkat sakti. Tiba-tiba sesuatu
yang ajaib pun berlaku.
Labu itu menjadi kereta kuda yang cantik dan
besar. Didalamnya terdapat kerusi baldu yang cantik, dihiasi langsir
yang bewarna keemasan.Cinderella memandang kereta kuda itu dengan rasa takjub dan kagum.“Sekarang,
bawakan aku enam ekor tikus,” kata pari-pari itu lagi. Cinderella
segera masuk ke dapur. Dia mencari dibawah dapur dan dibelakang pintu.
Tidak lama kemudian dia pun membawa enam ekor tikus di depan pari-pari
itu. Tikus itu telah ditukarkan oleh pari-pari menjadi enam ekor kuda
yang akan menarik kereta kuda itu.“Kita
telah memiliki kereta kuda untuk membawa kau ke istana. Sekarang aku
perlukan seekor lagi tikus untuk menjadi pengiring dan pembantu kereta
kuda.”Cinderella masuk ke dapur untuk mencari seekor lagi tikus.
Setelah dia dapat menangkap tikus itu dengan segera diserahkannya tikus
itu kepada pari-pari itu.Kini
kereta kuda itu telah lengkap dengan pemandunya yang berpakaian kemas
dan cantik. “Sekarang kau boleh pergi ke majlis itu dan menemui putera
raja!” kata pari-pari.“Tapi
bagaimana? Aku tidak boleh masuk ke dalam istana. Pakaianku buruk dan
compang-camping. Tentu pengawal istana akan menghalau aku keluar.”
Pari-pari
itu menyentuh Cinderella dengan tongkat saktinya. Serta-merta bajunya
bertukar menjadi cantik. Rambut dan mukanya juga cantik berseri. “Dan
inilah pemberian yang terakhir,” kata pari-pari itu lalu menyerahkan
sepasang kasut emas yang cantik yang tidak pernah dibayangkan oleh
Cinderella selama ini.Cinderella
merasa sangat gembira. Dia lalu memeluk pari-pari itu. Bila dia
melangkah masuk ke dalam kereta kuda, pari-pari itu berpesan kepadanya.
“Berjanjilah, kau akan pulang sebelum pukul dua belas tengah malam,
anakku. Kerana di saat itu semuanya akan kembali kepada asalnya.”Cinderella
berjanji akan pulang sebelum dua belas tengah malam. Kereta itu dengan
pantas berlari menuju ke istana. Apabila dia sampai didepan pintu
istana, pengawal dengan hormat menyambut ketibaannya. Dia diiringi ke
dewan istana. Di situ majlis tarian telah dimulakan. Semua orang yang
berada di dewan itu memandang ke arahnya. Mereka sangat hairan melihat
seorang gadis yang sangat cantik. Kedua orang kakak tirinya juga
kehairanan.Putera
raja datang kepadanya lalu memimpin tangannya. Putera raja mengajaknya
menari. Mereka menari sepanjang malam. Putera raja hanya mahu menari
dengan Cinderella. Putera itu sangat tertarik dengan Cinderella. Tiada
sesiapa di situ kenal padanya dan mereka semuanya merasa hairan dan
kagum.
Raja
dan permaisuri yang berada di atas singgahsana merasa kagum melihat
kecantikan Cinderella. Cinderella pula hampir lupa pada dirinya dan
janjinya pada pari-pari itu.Cinderella
terkejut bila menyedari setengah jam lagi menunjukkan pukul dua belas
tengah malam. Dia mengucapkan selamat tinggal kepada putera raja dan
meninggalkan istana. Sebaik sahaja dia sampai di rumah jam telah
menunjukkan pukul dua belas tengah malam.Setelah
berehat dari kepenatan Cinderella mendapati kedua kakak tirinya pun
pulang. Mereka asyik bercerita mengenai puteri yang sangat cantik yang
tidak dikenali itu. “Putera raja telah jatuh hati kepadanya,” kata kakak
tirinya yang tua. “Putera raja sanggup berbuat apa sahaja untuk
mengetahui namanya dan di mana dia tinggal.”Cinderella
tersenyum mendengar kata-kata kedua orang kakak tirinya yang hodoh itu.
“Adakah dia benar-benar kelihatan cantik?” tanya Cinderella. “Betapa
beruntungnya kakak dapat melihat puteri itu.”
Cinderella
tidak berkecil hati kerana dia akan pergi menemui putera itu pada malam
esoknya. Pada keesokan harinya kedua orang kakak tirinya sibuk
bersiap-siap hendak pergi ke istana. Pari-pari pengasuh Cinderella
sampai sebaik sahaja kedua orang kakak tirinya itu pergi ke istana. Dia
menggunakan tongkat saktinya lalu menukarkan pakaian Cinderella lebih
cantik dari malam pertama.Putera raja ternyata telah jatuh cinta pada Cinderella. Dia menunggu dan menyambut kedatangan Cinderella di depan pintu istana.Cinderella
hampir lupa pada dirinya kerana terlalu gembira. Dia tidak pernah
merasa bahagia seperti itu sebelum ini. Masa berlalu dengan cepat tidak
disedarinya waktu sudah pun dua belas tengah malam. Dia terkejut dan
segera berlari pulang.Cinderella
takut pakaian cantik akan bertukar menjadi buruk dan kereta kudanya
bertukar menjadi tikus kembali. Dia berlari keluar dan mendapati kereta
kudanya telah bertukar. Cinderella berlari pulang dengan
termengah-mengah.
Putera
itu mengejar Cinderella dari belakang. Ketika menuruni tangga, kasut
emas Cinderella telah tercabut. Tapi Cinderella tidak menyedarinya.
Putera raja mengambil kasut itu. Bila kakak tirinya pulang ke rumah
mereka sibuk bercerita. Putera jelita itu telah tertinggal kasut emasnya
di istana dan ditemui oleh putera raja.Pada
awal pagi esoknya raja membuat pengumuman. Gadis yang mempunyai kaki
yang sesuai dengan saiz kasut emas itu akan dijadikan isteri puteranya.
Dia telah memerintahkan pengawalnya membawa kasut itu ke semua rumah di
negeri itu untuk dicuba. Tapi tidak seorangpun yang dapat memakainya.
Akhirnya pengawal istana itu tiba di rumah Cinderella.Kedua-dua
orang kakak tiri Cinderella sangat gembira hendak mencuba. Bila dia
cuba memakai kasut itu dia menjadi marah. “Kenapa tidak muat?” kata
kakak tirinya yang pertama. “Kaki aku kelihatan kecil sahaja!”
rungutnya.
“Biar
aku cuba,” kata kakak tirinya yang kedua. Bila kakak tirinya yang kedua
memakainya, kasut itu jauh lebih besar hingga dia tidak boleh berjalan.“Aku yakin kasut itu sesuai dengan aku tapi mengapa ia menjadi lebih besar dari kaki aku!”.
“Adakah
sesiapa lagi di dalam rumah ini yang hendak mencuba kasut ini?” tanya
pengawal istana kepada kedua orang kakak tiri Cinderella. “Memang tidak
ada sesiapa lagi,” jawab mereka.Pengawal
iatana itu terpandang Cinderella yang berada di situ. Hatinya berkata
gadis itu cantik tapi pakaiannya compang-camping. Dia pun memanggil
Cinderella untuk mencuba. Sebaik sahaja kasut itu tersarung dikakinya,
ianya amat sesuai sekali membuat kedua orang kakak tirinya terkejut
besar.Disaat
itu juga pari-pari muncul dihadapan mereka dengan tersenyum. Dia pun
menyentuh Cinderella dengan tongkat saktinya lalu menukar pakaian
Cinderella.Kakak tiri Cinderella merasa marah dan cemburu. Pari-pari itu pun membawa dia ke kereta kuda yang sedia menanti.Kereta
kuda itu pun bergerak pergi menuju ke istana. Putera raja sangat
gembira apabila akhirnya gadis kesayangannya ditemui. Keesokan harinya
mereka pun berkahwin dan hidup aman damai.
Cinderella tidak pernah melupakan kedua orang kakak tirinya lalu mengajak mereka tinggal bersamanya di istana. Tidak berapa lama kemudian kedua orang kakak tirinya pun berkahwin dengan orang kaya. Mereka tidak lagi sombong dan hodoh. Lama-kelamaan mereka juga kelihatan cantik dan berbudi bahasa.Akhirnya mereka hidup berbahagia
Tidak ada komentar:
Posting Komentar